Isnin, 18 April 2011

Karnival Teknopen 2011

Karnival Teknopen 2011
Sekolah Kebangsaan Sanggang

Tarikh : 22 April 2011
Hari : Jumaat
Tempat : Sekolah Kebangsaan Sanggang

Acara yang dipertandingkan :

- Membina slide menggunakan Microsoft Powerpoint
- Menaip terpantas
- Membuat muka hadapan majalah sekolah

Pendaftaran adalah PERCUMA.

Daftarkan nama, kelas dan acara yang ingin disertai kepada Ust Mohd Taufek Abd Rahman.

Hadiah menarik menanti anda.

1 ulasan:

Info Tambahan :

Slide hendaklah dibina antara 10 hingga 15 helaian sahaja. Tajuk slide berdasarkan mata pelajaran sama ada BM, BI, SC, MT atau AG. Masa pembinaan slide adalah 1 JAM sahaja.

Bagi pertandingan menaip pantas, peserta akan dibekalkan satu teks. Dalam tempoh 5 MINIT, peserta dikehendaki menyalin semula artikel tersebut ke dalam Microsoft Word.

Bagi pertandingan membina muka hadapan majalah sekolah, peserta boleh membuatnya di rumah masing-masing.

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More