Temerloh, 25 Mac - Majlis Tadarus Al-Quran peringkat zon Mentakab pada kali ini telah dilangsungkan di Sekolah Kebangsaan Abu Bakar, Mentakab. Sebanyak 3 acara yang dipertandingkan iaitu tilawah al-Quran, hafazan dan bercerita kisah-kisah dari al-Quran.
Sekolah Kebangsaan Sanggang turut tidak ketinggalan menghantarkan pesertanya yang terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan dengan diiringi oleh 3 orang guru iaitu Ustazah Kamariah Tahir, Ustazah Roshanizam Ahmad dan Ustaz Mohd Taufek Abd Rahman. Kesemua acara turut disertai.
Para peserta tersebut adalah :
1) Muhammad Atiqullah Mohd Pirzan - Bercerita
2) Hanis Zulaikha Zulkifli - Bercerita
3) Muhammad Nor Aiman Alzolmin - Hafazan
4) Nurul Ain Jazmina Ibrahim - Hafazan
5) Muhammad Annur Fahmi - Tilawah al-Quran
6) Rugayyah Ariffin - Tilawah al-Quran
Hanya pertandingan bercerita bagi kategori perempuan berjaya mendapat tempat ketiga.
Warga Sekolah Kebangsaan Sanggang mengucapkan tahniah atas kejayaan tersebut dan berharap prestasi dapat dipertingkatkan daripada semasa ke semasa.
Bib makan kanak2
5 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan