Selasa, 25 Mei 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Temerloh, 17 Mei - Sekolah Kebangsaan Sanggang telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Bertemakan "Guru Pembina Negara Bangsa", sambutan pada kali ini berlangsung dengan meriah.


Bermula dengan nyanyian Negaraku, Guru Malaysia, Guru Pembina Negara Bangsa, guru menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan penuh semangat.

Acara diteruskan lagi dengan pembacaan teks ucapan YB Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sempena Hari Guru 2010.

Pada pukul 8:30 pagi, acara sukaneka yang disertai oleh para guru bermula. Terdapat 4 acara yang dipertandingkan iaitu memasukkan gelung rotan ke dalam kon, bowling padang dan isi air dalam botol.

Program seterusnya berhenti rehat pada jam 10:00 pagi.

Pada jam 10:30 pagi, acara dewan pula mengambil tempat. Persembahan murid nyata menggamatkan suasana dengan aksi lucu yang telah dipersembahkan.

Persembahan guru pula diadakan serentak dengan acara pertukaran hadiah antara para guru. Setiap guru dikehendaki mencabut nombor bertuah seterusnya membacakan pantun yang terdapat pada kertas cabutan tersebut.

Individu yang dimaksudkan, dikehendaki mengambil hadiah yang telah ditetapkan seterusnya membuat persembahan.

Program sambutan hari guru, melabuhkan tirainya pada jam 12:30 tengah hari.

Gambar akan dipaparkan kemudian

0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More