Rabu, 28 April 2010

Mesyuarat Agung PIBG ke-33

Temerloh, 25 April - Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33 sesi 2010 telah dirasmikan oleh En Abu Hanipah b Majid, Pegawai Khas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II.


Majlis yang dimulakan pada jam 9:00 pagi itu, dimulakan dengan persembahan pembukaan yang diserikan oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Sanggang. Setelah itu, majlis disusuli pula oleh bacaan doa yang disampaikan oleh Ust Mohd Isa Singah, GPK Kokurikulum.

Memulakan ucapan, En Anuar Ab Rahim selaku Guru Besar mengalukan ketibaan hadirin dan hadirat. Beliau turut mengungkapkan tentang perkembangan yang sedang berlaku di sekolah, sebagai makluman dan tatapan para hadirin.

Ucapan Yang DiPertua PIBG pula, En Mahidin pula membingkiskan antara lain laporan berhubung perjalanan persatuan sepanjang tahun.

Sebagai kemuncak acara, ucapan perasmian yang disampaikan oleh En Abu Hanipah Majid. Dalam ucapannya, beliau turut menyentuh tentang nama Sekolah Kebangsaan Sanggang, yang sering mendapat perhatian untuk menganjurkan program yang berunsurkan motivasi. Antaranya adalah Bakti Siswa yang dianjurkan oleh mahasiswa UKM.

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian sijil dan cenderamata kepada barisan ahli jawatankuasa PIBG sesi 2009. Bahkan, terdapat acara cabutan nombor bertuah yang turut disediakan barisan jawatankuasa mesyuarat agung PIBG.

Pada jam 10.15 pagi, majlis berhenti rehat untuk menikmati jamuan.

Sesi kedua mesyuarat diteruskan jam 10:45 pagi. Pada sesi ini, laporan aktiviti serta kewangan telah dibentangkan.

Mesyuarat melabuhkan tirainya pada jam 12:10 tengah hari.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More