Rabu, 28 April 2010

Kawad Kecemasan

BERITA BERGAMBAR | Temerloh, 24 April - Sekolah Kebangsaan Sanggang telah menganjurkan kawad kecemasan. Program ini bertujuan melatih warga SK Sanggang sekiranya berlaku kebakaran, terutamanya di kawasan sekolah.


Program dimulakan dengan taklimat tentang tindakan yang perlu dilakukan sekiranya terdengar loceng kecemasan.

Pada pukul 9:00 pagi, loceng kecemasan dibunyikan. Berpandukan peta laluan kecemasan yang terpapar dalam kelas masing-masing, murid seterusnya berkumpul di padang sekolah mengikut kelas.

Program diteruskan lagi dengan taklimat oleh pegawai khas yang diundang daripada balai bomba cawangan Temerloh. Bermula jam 9:45 pagi, murid diberi penerangan tentang tindakan yang seharusnya dilakukan apabila melihat kebakaran. Taklimat tersebut dilakukan di dewan sekolah.

Pada pukul 10:00 pagi, murid dibawa semula ke padang untuk menyaksikan demonstrasi memadam api yang berpunca daripada petrol. Pegawai tersebut melakukan tunjuk cara bagi menggunakan alat pemadam api yang disediakan.

Bukan itu sahaja, murid-murid serta beberapa orang guru turut diberi peluang melaksanakan proses memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam api yang disediakan.




0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More