Isnin, 4 Oktober 2010

Majlis Sambutan Aidilfitri 1431H

BERITA BERGAMBAR | Temerloh, 02 Oktober 2010 - Kemeriahan Syawal terus diraikan menerusi penganjuran Majlis Sambutan Aidilfitri 1431H oleh Sekolah Kebangsaan Sanggang.

Sambil menunggu persiapan makanan yang disediakan oleh pihak guru dan kakitangan sekolah, majlis dimulakan dengan aktiviti melukis dan mewarna kad raya yang disertai oleh murid-murid SK Sanggang.

Suasana majlis turut dimeriahkan dengan dendangan lagu-lagu raya, di samping murid-murid yang sedang menyiapkan kad masing-masing.

Pada pukul 10:00 pagi, para tetamu undangan telah tiba seterusnya dibawa ke dewan untuk menikmati jamuan hari raya yang telah disediakan di atas pentas. Antara tetamu yang diundang khas adalah Puan Hajjah Peah binti Bujal dan Puan Roshanizam binti Ahmad yang telah bertukar daripada Sekolah Kebangsaan Sanggang.

Setelah acara jamuan selesai, majlis seterusnya diumumkan untuk menyaksikan upacara penyampaian hadiah kepada kedua-dua tetamu undangan tersebut.

Kemuncak daripada program tersebut adalah pemberian duit raya daripada Ketua UMNO Cawangan Sanggang dan Ketua Wanita UMNO Cawangan Sanggang.

Majlis bersurai pada jam 12:00 tengah hari.



























0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More