Sabtu, 30 Oktober 2010

SK Sanggang tempat ke-3

BERITA BERGAMBAR | Temerloh, 27 Okt 2010 - Sekolah Kebangsaan Sanggang telah dinobatkan tempat ke-3 dalam Karnival ICT & Pertandingan Jejak Maklumat bagi kategori jejak maklumat sekolah rendah daerah Temerloh.

Pertandingan yang disertai oleh beberapa buah sekolah rendah dan menengah sekitar daerah Temerloh itu, berlangsung di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kerdau, Temerloh.
Program ini dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru dan Bahagian Teknologi Pendidikan Pahang.

Acara yang dipertandingkan bagi kategori sekolah rendah adalah pertandingan membina slaid powerpoint, pertandingan Microsoft Publisher, pertandingan Jejak Maklumat. Manakala pertandingan membina profil sekolah pula diwajibkan ke atas setiap sekolah rendah daerah Temerloh.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dato' Abdul Aziz bin Hj.Abdul Latiff AHP.AMP.AMM, Pengarah Pelajaran Negeri Pahang.

Akhirnya, SK Sanggang telah dinobatkan pemenang tempat ke-3 bagi acara jejak maklumat sekolah rendah daerah Temerloh.



0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More