BERITA BERGAMBAR | Temerloh, 03 November 2010 - Sekolah Kebangsaan Sanggang telah menganjurkan acara Merentas Desa 2010. Acara ini merupakan acara tahunan yang melibatkan murid SK Sanggang dari tahun 3 hingga tahun 6.
Sebanyak 4 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori Lelaki A, Perempuan A, Lelaki B dan Perempuan B.
Bermula jam 8:30 pagi, murid-murid bagi kategori Lelaki B dan Perempuan B dilepaskan oleh Ustaz Mohd Isa Singah selaku GPK Ko-Kurikulum SK Sanggang.
Setengah jam kemudian iaitu jam 9:00 pagi, murid-murid bagi kategori Lelaki A dan Perempuan A pula dilepaskan.
Persaingan antara rumah sukan turut dapat dilihat menerusi kehebatan murid-murid tersebut. Masing-masing membawa misi untuk meletakkan rumah sukan masing-masing sentiasa di hadapan.
Pada pukul 12:00 tengah hari, acara pemberian hadiah diadakan. Semua pemenang diumumkan daripada tempat 1 hingga ke-10.









0 ulasan:
Catat Ulasan