Selasa, 2 Februari 2010

Pelancaran Grand Prix Kelas Bersih & Ceria Musim 1, 2010

Isnin, 01 Feb - Sekolah Kebangsaan Sanggang telah mengadakan Majlis Pelancaran Grand Prix Kelas Bersih & Ceria Musim 1, 2010. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh En Anuar Ab Rahim selaku Guru Besar SK Sanggang.

Sebanyak 6 kelas yang bakal bertanding terdiri daripada Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Rahimah Arshad selaku penyelaras program merangkap GPK HEM SK Sanggang.


Kemudian, majlis diteruskan pula dengan ucapan perasmian oleh En Anuar Ab Rahim seterusnya menyempurnakan gimik perasmian dengan membuka "banner" program. Sebagai simbolik, En Anuar turut memasukkan sehelai kertas yang bertulis "Saya Sampah" ke dalam salah sebuah bakul yang telah diedarkan kepada setiap ketua kelas masing-masing.




Diharapkan, matlamat program ini dapat direalisasikan seterusnya berjaya mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More