Sabtu, 6 Februari 2010

SK Sanggang lancar Program Seiring Jalan Bersama Waris & Guru

Temerloh, 6 Februari - Sekolah Kebangsaan Sanggang telah melancarkan satu lagi program berbentuk Mentor Mentee di kalangan murid tahun 6. Program yang dikenali sebagai Seiring Jalan Bersama Waris & Guru itu, telah dilancarkan secara rasminya oleh En Anuar Ab Rahim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sanggang.



Majlis tersebut turut dihadiri oleh YDP PIBG SK Sanggang, penceramah undangan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh Tuan Haji Syed Fakruzi Syed Omar, para penjaga murid tahun 6 dan guru-guru SK Sanggang.


Dimulakan dengan aluan pengerusi majlis, majlis diteruskan pula dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ust Mohd Isa Singah, GPK Kokurikulum SK Sanggang. Disusuli pula dengan ucaptama oleh En Anuar selaku Guru Besar dan seterusnya ceramah motivasi yang disampaikan oleh Tuan Haji Syed Fakruzi Syed Omar.


Menerusi slot motivasi, penceramah telah memfokuskan penerangannya kepada dua individu penting iaitu ibu bapa dan murid. Penerangan yang baik tersebut berjaya menarik perhatian para hadirin. Pada penghujung slot motivasi tersebut, motivator meminta murid berdiri untuk menyanyikan lagu yang ditayangkan pada skrin. Klip video yang syahdu tersebut, nyata membuatkan para hadirin berasa sayu dan menitiskan air mata.


Slot yang kedua pula adalah slot penyerahan mentee kepada mentor masing-masing. Hadirin diumumkan melalui tayangan slide yang telah disediakan oleh AJK program.


Kemuncak daripada program adalah, tayangan pelancaran Program Seiring Jalan Bersama Waris & Guru. Tayangan yang memakan masa selama 4 minit tersebut antara lain memuatkan objektif dan matlamat penganjuran program tersebut.


Hadirin seterusnya dipersilakan menikmati jamuan yang telah disediakan seterusnya bersurai pada jam 11.30 pagi.


Gambar-gambar di atas merupakan senario yang berlaku sepanjang program berlangsung

0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More