Selasa, 16 Februari 2010

Tazkirah : 10 Sebab Doa Terhijab

Seringkali kita berharap agar Allah menunaikan segala permintaan kita sama ada yang besar, kecil, cepat atau lambat. Tapi, mengapa sampai kini doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah?

Pernah terjadi pada masa dahulu, tatkala Ibrahim ibnu Adham mengadu tentang doanya yang seolah-olah tidak dimakbulkan oleh Allah. Maka jawablah seorang yang lebih tawadhuk dengan berkata :




“Wahai Ibrahim Ibn Adham,kami telah berdoa kepada Allah..tetapi masih tidak diperkenankan-Nya.Beritahu kami apakah sebabnya?”.Ibrahim menjawab: “terhijabnya doa disebabkan 10 perkara..”


1.Kamu mengenali Allah,tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.

2.Kamu membaca Al-Quran,tetapi kamu tidak beramal dengannya.

3.Kamu mendakwa bahawa iblis itu musuh kamu,tetapi menurut hasutannya.

4.Kamu mendakwa mencintai Rasulullah S.A.W,tetapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya.

5.Kamu mendakwa mencintai syurga,tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.

6.Kamu mendakwa membenci neraka,tetapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.

7.Kamu mendakwa mati itu benar,tetapi kamu tidak bersedia untuknya.

8.Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain,tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.

9.Kamu makan rezeki Allah,tetapi kamu lupa mensyukurinya.

10.Kamu mengebumikan jenazah saudaramu,tetapi kamu lupa mengambil iktibar daripadanya.

Demikian antara punca doa dan rayuan kita tidak diterima oleh Allah. Moga kita tidak tergolong dalam golongan di atas.

Wallahu a'lam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More