Sabtu, 6 Mac 2010

SK Sanggang anjur sambutan Maulidur Rasul 1431H

Temerloh, 05 Mac - Sekolah Kebangsaan Sanggang telah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul. Bertemakan "Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah", sambutan kali ini berlangsung dengan meriah.

Bermula dengan perarakan, murid-murid SK Sanggang melaungkan selawat sambil mengikut kumpulan sahabat masing-masing. Kumpulan sahabat tersebut dikenali sebagai sahabat teknologi, sahabat kreatif, sahabat mahir, sahabat budaya, sahabat musolla, sahabat ICT, sahabat nilam dan sahabat aktif.






Setelah selesai upacara perarakan, murid-murid diminta berhimpun di dewan bagi mendengar ucapan perasmian oleh Pn Noraini Ramli selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Sanggang.










Murid seterusnya dihidangkan sesi ceramah yang disampaikan oleh Ust Mohd Taufek Abd Rahman. Ceramah yang berlangsung selama 45 minit tersebut berkisar kepada kelebihan berselawat ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad saw.




Pada jam 9:30 pagi, majlis ditangguh sementara bagi memberi laluan kepada warga SK Sanggang menikmati jamuan yang telah disediakan.

Pada pukul 10.10 pagi, sesi pertandingan mewarna bagi tahap 1 dan pertandingan kolaj bagi tahap 2 berlangsung. Pelbagai gelagat yang dapat dilihat ketika pertandingan mewarna dan membuat kolaj berlangsung. Pada masa yang sama, pertandingan tulisan khat dianjurkan khas untuk para guru. Namun, kesemua hasil kerja mereka berada pada tahap yang membanggakan.

Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu adalah pertandingan nasyid antara kumpulan sahabat. Setelah berjuang selama 3 hari berturut-turut, tibalah waktunya untuk mereka mempersembahkan nasyid mereka.

Tepat jam 12.00 tengah hari, majlis sambutan kali ini melabuhkan tirainya. Segala keputusan pertandingan akan diumumkan pada hari Isnin, seterusnya majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Diharapkan tema sambutan kali ini dapat direalisasikan, seterusnya menghasilkan warga yang benar-benar kasih dan cinta kepada Rasulullah saw.





0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More