Isnin, 15 Mac 2010

Pelancaran Minggu Anti Dadah peringkat Sekolah Kebangsaan Sanggang

Temerloh, 12 Mac - Sekolah Kebangsaan Sanggang telah melancarkan Minggu Anti Dadah peringkat sekolah.

Majlis yang dimulakan dengan pembacaan teks Ketua Pengarah Pelajaran Pahang sempena pelancaran Minggu Anti Dadah oleh En Anuar Ab Rahim. Setelah selesai membacakan teks tersebut, En Anuar dengan penuh sukacita melancarkan program Sambutan Minggu Anti Dadah peringkat Sekolah Kebangsaan Sanggang.

Kemudian, murid berpecah mengikut kumpulan-kumpulan sahabat yang telah ditentukan bagi sesi pertandingan mewarna bagi tahap 1 dan melukis poster bagi tahap 2. Ternyata, kesungguhan murid dapat dilihat menerusi hasil kerja yang dapat disempurnakan dengan baik.

Pada pukul 11.00 pagi, slot ceramah mengenai dadah telah disampaikan oleh salah seorang pegawai yang diundang khas daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan cawangan Temerloh. Menerusi ceramahnya juga, penceramah turut memperlihatkan tayangan video mengenai kehidupan seorang penagih.

Pada penghujung program, para pemenang diumumkan seterusnya menerima hadiah yang disampaikan oleh guru besar Sekolah Kebangsaan Sanggang. Majlis berakhir tepat jam 12.00 tengah hari.

















0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More